Love U 4 Eva

Kepada Dia yang Kucintai,


          Sejak mula kita bertemu, tidak pernah sekalipun kita tidak bertengkar.. Betul-betul macam anjing and kucing.. Lawak sangat bila ingatkan balik. Tapi... Macam tak percaya kan yang kita boleh jadi best friend.. Haha... Walaupun best friend, ramai yang cakap yang kita nie betul-betul macam boy friend and girl friend. Lawak betul kan??? 
        Kau memang sangat baik bagiku. Setiap kali aku dalam kesusahan kau pasti akan tolong... Kau sanggup datang dari jauh sedangkan kau sangat sibuk study untuk exam. Kau memang baik sangat.. Aku sendiri x sangka yang aku dah mula sukakan kau tapi akhirnya aku percaya. Apa mungkin semua ni sebab kau baik dengan aku. Masuk tahun ni dah hampir 10 tahun kita berkenalan dan dalam masa yang sama jugalah aku memendamkan perasaanku. Aku gagahkan diri untuk meluahkannya tapi aku tidak dapat mencari titik permulaannya dan juga apa yang patutku cakap. Ah!!Tension!! Apa kau tak perasaan dengan apa yang telah berlaku dan macam mana sikapku terhadapmu sekarang?? Kau betul-betul menyiksaku... 

     Aku rasa sudah tiba masanya aku membawa diri... Aku rasa aku perlu membawa diri supaya aku dapat melupakan kau. Maafkan aku jika apa yang aku buat ni amat mengejutkan kau. Aku pasti yang kau akan mencariku dan bertanya tentangku pada mulanya. Tapi... Aku rasa kau pasti tidak akan mencariku telalu lama. Aku betul-betul pasti... 

     Sekian lama aku menghilangkan diri.. Setiap hari aku akan tulis segala kenangan antara aku dan kamu diatas sekeping kertas dan membentukkan kapal terbang. kemudian aku terbangkannya. Aku berharap agar aku dapat melupakan kau. Namun semuanya sia-sia.. Hal itu hanya membuang masa. Akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk menghantar surat ini kepada kau. Maafkan aku jika apa yang aku lakukan ini amat membimbangkan kau. Tapi aku pasti yang kau tidak mengambil berat tentangnya. Ya kan?? Di sini ingin kukatakan yang AKU AMAT CINTAKAN KAU.  Sebenarnya aku mahu kau tahu yang sudah lama aku sukakan kau. Kaulah orang pertama yang aku suka. Aku harap kau menghargainya... Untuk pengetahuan kau, aku akan balik dalam dua tiga hari lagi. Aku harap kau sudi jumpa dengan aku di taman seperti biasa. Sekian. 





Memang tak sangka yang akhirnya kita bertemu juga.. Dan tak sangka juga yang kita boleh jadi couple.. Harap kita akan bersama selamanya.... 








THE END

No comments:

Post a Comment